Wednesday, 3 October 2012

SIAPA LEBIH HEBAT "PANCUT" PAS & PKR ..



sedarlah wahai pemimpin PAS, Siapa anda dalam Pakatan Rakyat....kedudukan kamu tu... PAD hanya sebagai kuda tunggangan je..... DAP & PKR jer lah.. sorry to say" lah.... 


PAS Kesal Kenyataan Azmin & Shuhaimi
KUALA LUMPUR: PAS memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.
Memetik laporan Harakahdaily, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat peribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.
"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.
"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.
"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.
Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily pada Rabu.
Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.
Akhbar Sinar Harian pada Rabu melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.
Menurut laporan itu, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.
Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid. SUMBER
KOMEN..
Berani pulak Setiausaha Agung PAS ni menegur PKR jangan buat kenyataan peribadi, kan selama ini PAS jugak anggap ketua umum PKR tu sebagai ketua bersama mereka? Dulu PAS juga yang sokong "negara kebajikan" yang diilhamkan oleh ketua umum PKR ni, itu bermakna PAS juga turut mengiktiraf ketua umum PKR sebagai ketua bersama mereka, jadi sudah tentu PKR ada kuasa untuk menentukan jawatan mana yang mereka mahu.

Nanti PKR pulak kata PAS pun tak patut buat kenyataan sendiri kononnya nak buat hudud sebab hudud pun tidak pernah dibincangkan dan sudah ditolak oleh rakan-rakan PAS dalam pakatan pembangkang, jadi kenapa PAS masih jugak berdegil mendedangkan isu hudud, lepas tu PAS ada pulak hati nak tegur PKR pulak. cermin muka tu dulu!

No comments:

Post a Comment