Wednesday, 3 October 2012

[video] Panas !!!!! Badrol amin "sengugup"


Jom... tonton....




Badrul Amin Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Orang?



KUANTAN – Seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Nasional (PKR) dilaporkan telah ditangkap khalwat berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di sebuah hotel di Balok, di sini pagi semalam.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz, wanita yang ditangkap bersama pemimpin PKR oleh sepasukan penguatkuasa kira-kira pada jam 3 pagi itu dipercayai merupakan isteri orang.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai identiti sebenar pemimpin PKR yang dimaksudkan itu memandangkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes.
Di dalam perkembangan berkaitan, sumber-sumber blog politik kuat mendakwa bahawa pemimpin PKR yang ditangkap khalwat tersebut adalah Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Dr. Badrul Amin Baharon.
Badrul Amin sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila dikatakan mendewa-dewakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga merupakan Ketua Umum PKR sebagai ‘Imam Mahdi’.
Jika benar pemimpin PKR yang dimaksudkan itu adalah Badrul Amin, maka ia seolah-olah mengulangi kembali peristiwa yang pernah berlaku terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang ditahan khalwat bersama isteri rakannya di sebuah hotel di Kelantan dahulu.
Badrul Amin turut dikatakan baru bernikah dengan seorang wanita, Harlina Zainuddin, 40, pada Oktober 2010 lalu di dalam satu majlis ringkas di Ampang, Selangor.
Bagaimanapun, Mohamad dilepaskan mahkamah atas sebab-sebab teknikal yang sedikit meragukan.  -Mynewshub.my




No comments:

Post a Comment