Thursday 10 January 2013

[Refresh] kisah tragis jenazah di Pendang. Kedah #TukarKedah #UtusanMalaysia #pas #pakatan


Kesan Amanat Haji Hadi: Imam Enggan Urus Jenazah 'Orang Umno'

ALOR SETAR: Seorang bekas pemimpin Pemuda PAS hari ini menceritakan pengalamannya menyaksikan perpecahan ketara umat Islam termasuk tindakan seorang imam di kariahnya menolak untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.


Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang 'tok guru' yang kuat menyokong PAS untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an.
Bagaimanapun, katanya, imam berkenaan tidak datang tanpa alasan.

"Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli PAS ketika itu ke rumah imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah berkenaan.

"Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis. Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Bekas Ketua Pemuda PAS di salah satu cawangan PAS di Pendang selama empat tahun bermula 1998 itu menceritakan pengalamannya ketika mengulas mengenai pendedahan bekas aktivis dan menyokong tegar PAS, Zanon Ismail atau lebih dikenali sebagai CN al-Afghani bahawa puluhan ribu pengikut parti tersebut masih pegang kepada Amanat Haji Hadi.
Shahidi yang lebih mesra dipanggil sebagai ustaz berkata, selepas keluar daripada PAS dia tidak lagi dibenarkan menghadiri kuliah atau pengajian kitab yang dianjurkan oleh parti itu meskipun pada mulanya mereka mengatakan tidak kisah jika dia menyertai Umno.

Menurutnya, akitbat kesan Amanat Hadi juga, kebanyakan mereka menganggap orang yang menyokong Umno menempah pintu neraka dan tanggapan itu masih wujud hingga hari ini.
Tambah beliau, semasa menjadi ahli PAS sejak 1997 termasuk berada dalam Lajnah Kebajikan PAS kawasan Pendang, pemikirannya banyak dipengaruhi dengan kenyataan dan ucapan pemimpin-pemimpan parti itu.

"Namun selepas saya menyertai Umno dan berada di dalam parti, baru saya nampak kebenaran kerana perjuangnya adalah benar iaitu demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Berikutan itu, Shahidi menyeru penyokong PAS agar kembali kepada landasan perjuangan Islam sebenar dengan tidak terlalu taksub dengan parti itu kerana ia tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu.

Katanya, penyokong Umno dan PAS perlu bersatu atas nama Islam supaya nasib orang Melayu dan Islam terbela di negara ini.


- Mohd Shariza Abdullah / Utusan Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121220/po_05/Imam-enggan-urus-jenazah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. KUBUR PUN ADA ASING UMNO N PAS KE??

    ReplyDelete
  2. nanti org2 pas buat jugak la tue....

    ReplyDelete