Friday 25 January 2013

Gempar untuk belia !!! serentak di 100 lokasi 'My Beautiful Malaysia Day' @1M4U #im4u


Malaysian Young Humanitarians menjemput mana-mana sukarelawan untuk turut sama menjayakan program ini di mana pengisiannya ialah membersih dan mengindahkan beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

@@@ Pada 3 FEBRUARI 2013

Lokasi aktiviti adalah seperti berikut:




1. Taman Tasik Titiwangsa
2. Sekitar kawasan Masjid Jamek dan Masjid India
3. Kampung Baru dan Chow Kit
4. Lembah Pantai dan Brickfields
5. Taman Botani
6. Dataran Putra, Putrajaya
7. Laman 1Malaysia, Putrajaya

Kepada sukarelawan individu bolehlah terus ke lokasi yang ditetapkan. Makan dan minum disediakan.

Kepada mana-mana kumpulan / komuniti / kelab / pertubuhan tanpa mengira latarbelakang umur, agama dan bangsa jika berminat menyertainya secara berkumpulan minima 40 orang amatlah dialu-alukan. Pengangkutan dan makan/minum disediakan.

Rumah atau institusi kebajikan seperti anak-anak yatim juga di galakkan menyertainya.

Sila berikan butiran diri menerusi link di bawah. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, RIZAN HASSAN di talian 0137733676


iM4U Lancar 'My Beautiful Malaysia Day' 3 Feb Ini

KUALA LUMPUR: 1Malaysia For Youth (iM4U) akan melancarkan 'My Beautiful Malaysia Day' pada 3 Feb ini bagi mencetuskan semangat sukarelawan dalam kalangan belia di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Jake Abdullah berkata program akan berlangsung serentak di 100 lokasi di seluruh negara dan dijangka disertai sejuta belia.
"Menerusi program ini kami berharap belia dapat melihat yang mereka bolehterbabit secara aktif dalam pembangunan, melakukan perubahan dalam masyarakatdan membuat impak positif kepada negara dan juga kehidupan mereka.
"Sikap sukarelawan bermula di rumah dan kami mahu semua rakyat Malaysiabersatu membuat perbezaan," katanya pada sidang media, di sini hari ini yangturut dihadiri duta iM4U Sazzy Falak, Michael Teoh dan Anand Rajaratnam.
Jake berkata antara aktiviti dirancang ketika program itu ialah mengecatbangunan, kerja-kerja landskap, membersihkan perkuburan, membaiki bangunanseperti sekolah, rumah ibadat dan juga rumah orang miskin.
Ditanya mengenai strategi iM4U untuk mengubah masyarakat Malaysia daripadabersifat kebendaan kepada masyarakat sukarelawan, Jake berkata langkah palingpenting ialah memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sukarelawan.
"Saya setuju kita hidup dalam masyarakat bersifat kebendaan tetapi pada masasama masih ada ruang dalam hati kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantumereka yang memerlukan.
"Seperti program ini, kami cuma mahu katakan 'hei, kami sedang membantuseseorang, marilah sertai kami, tak perlu daftar atau sebagainya'," katanya.
Beliau turut menekankan peranan duta dalam menggerakkan orang ramai, khususnya belia, untuk melakukan kerja sukarela.
"Kami ada kira-kira 20 duta meliputi penyanyi, pelakon, ahli sukan sertaikon belia. Masyarakat memandang tinggi kepada mereka ini dan mahu menjadiseperti mereka. Justeru amat penting bagi duta untuk menghebahkan budayasukarelawan ini," katanya.BERNAMA

No comments:

Post a Comment