Saturday 19 January 2013

NGO Lapor Polis Dakwa Pelajar Islam Diberi Bible Di Hadapan Sekolah. @n_izzah @Khlidsamad @khalid_Ibrahim @cmlimguangeng @PDRMasia


GEORGE TOWN: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, pada Jumaat membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapansebuah sekolah di Jelutong di sini.
Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata, pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.
"Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.
Beliau berkata, pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. - BERNAMA

P/S : Kumpulan terbabit terdiri dari 3 orang lelaki dan seorang pompuan telah dikesan menaiki sebuah kereta bernombor PGJ 9002..
Yang menarik perhatian gua ialah.., keberanian dorang ni edarkan BIBLE secara terbuka ditempat umum.MPP 

No comments:

Post a Comment