Sunday 20 January 2013

@dapmalaysi (DAP) mula Serang Azizan Razak #TukarKedah #PAS #nikabdulaziz



Pemimpin DAP melompat dan buat bising. Apabila DAP bising, PAS dengan sendirinya menarik balik larangan tersebut. Itulah realiti yang belaku kepada PAS di Kedah sekarang ini. Dimanakah pendirian serta Prisip PAS ini, samalah seperti isu "Kalimah Allah" yang hanya akan 'Ya" sekiranya menguntungkan serta dilihat mampu meberi kuasa kepada PAS. WALAUPUN ia mengadaikan Maruah ISLAM.

Wayang apa pula yang hendak dimainkan. Pemimpin DAP ini,   PAS menang besar sedangkan DAP hanya ada satu kerusi sahaja tetapi lihatlah pengaruh DAP boleh menguasai kerajaan PAS. Amat sedih bila Ustaz Azizan terpaksa tunduk kepada kehendak DAP.


 
Karpal Minta PAS Kedah Tidak 'Kocak Keadaan'

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata beliau berharap kerajaan Kedah yang diterajui PAS tidak 'mengocak keadaan" dengan cuba menetapkan peraturan berpakaian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.
Beliau berkata keputusan kerajaan Kedah mengenakan peraturan berpakaian bagi artis yang mengadakan persembahan pada majlis sempena sambutan Tahun Baharu Cina adalah melampaui norma biasa.
"Cara berpakaian adalah sesuatu yang bersifat peribadi, sesuatu yang ditentukan sendiri oleh seseorang.
"Ia bukan sesuatu yang boleh ditetapkan dan disuruh di negara ini," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Setelah mendapat bantahan berhubung perkara itu, kerajaan Kedah membatalkan peraturan berkenaan pada 15 Jan dan membenarkan artis lelaki dan wanita mengadakan persembahan asalkan mereka berpakaian sopan, termasuk tidak mendedahkan ketiak, dada dan paha.
Karpal Singh juga menggesa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Majlis Syura mengkaji semula ketetapannya bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Malaysia kerana gabungan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencapai persetujuan bahawa perkataan itu boleh diguna dalam Bible bahasa Malaysia. BERNAMA

No comments:

Post a Comment