Saturday 26 January 2013

PAS sanggup tolak Calon Melayu tapi angkat Bukan Islam jadi Calon. #KL112


Penyokong-penyokong PAS di bawah sana sudah bingung dan keliru dengan dasar perjuangan PAS. Pemimpin PAS kelihatan seperti pak angguk atau pak turut. PAS lantang bila berdepan dengan UMNO tapi takut dan ketar menggigil bila berdepan dengan Guan Eng. Banyak dasar kerajaan PR merugikan orang Melayu/Islam. Jika ada pun hanya sebagai umpan.

PRU-13: PAS Sedia Letak Calon Bukan Islam

KUALA TERENGGANU: PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.
DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.
Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.
"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di sini, Jumaat.
Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.
Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). BERNAMA
Memang jelaslah sekarang PAS sekarang semakin meracau dan keliru dengan dasar dan hala tuju perjuangan mereka sekarang.
Amanat Haji Hadi adalah buktinya. TG Haji Hadi masih hidup. Dia tak pernah tarik balik fatwanya. Pemimpin PAS juga mendakwa UMNO kafir kerana berkawan dengan bukan Islam seperti MCA dan MIC. Tapi PAS lebih teruk lagi bila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang Islam.

Sudah ada pun ahli-ahli PAS yang kuat suatu masa dulu kini cuba menjauhkan diri dengan sebarang aktiviti anjuran PAS. Nampaknya orang Melayu/Islam tiada pilihan lagi melainkan menyokong UMNO/BN untuk memastikan nasib agama, bangsa dan negara terbela. 
p/s : KK nak cakap ler Biarlah kita sesal dahulu tidak apa, tapi sesal kemudian sudah tidak berguna lagi!

2 comments:

  1. Ahli PAS fikir-fikir Islam ke Selam sebelum PRU 13 mejelang. Pemimpin PAS semakin haru biru dibuatnya. Penyokong pulak huru hara tak keruan.

    ReplyDelete
  2. pas bukan lgi memperjuangkan islam..hanya memperjuangkan parti politik samata2..ikut saja telunjuk dap..mana taring pas yg selama ini hebat sangat mengkritik kerajaan bn..pas sekarang dh jadi kuda tungangan dap saja dlm pr..hehe.

    ReplyDelete