Thursday 17 January 2013

Kes Panas baran !!! Kerana @Shilaamzah, sharnaaz cekik pengarah. Isu baru ke lama? @rozaidijamil

KUALA LUMPUR, 16 JAN 2013: Isu pelakon Sharnaaz Ahmad yang didakwa mencekik pengarah filem Darah Panas, Mohd. Hafiz Mat Ishak akhir tahun lalu, masih belum berakhir walaupun Sharnaaz dikatakan sudah pun menerima surat tuntutan maaf daripada penerbit filem tersebut iaitu S. Baldev.

Bagaimanapun, Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, isu itu akan cuba diselesaikan secara baik oleh pihak Seniman selepas S. Baldev sendiri mengadu untuk meminta isu itu diselesaikan segera oleh Sharnaaz yang merupakan ahli Seniman.

"Sebenarnya, Baldev sendiri ada menghubungi saya dan memberitahu mengenai kes ini dan dia meminta saya supaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera kerana sudah lama menunggu respon daripada Sharnaaz.

"Isu ini sebenarnya jadi sangat complicated bila isu yang tidak relevan dicampuradukkan serta isu yang remeh telah diperbesarkan. Saya harap isu ini Seniman dapat selesaikan tanpa melibatkan isu undang-undang pun.

"Lagipun sebagai presiden Seniman saya juga perlu menyelesaikan isu ini secepat mungkin serta mebela Sharnaaz yang merupakan ahli Seniman," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Terdahulu, penerbit filem Darah Panas, S. Baldev telah menghantar surat saman kepada kekasih penyanyi Shila Amzah itu untuk meminta maaf secara terbuka selepas Sharnaaz Ahmad dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran Darah Panas sedang dijalankan.

Bukan itu sahaja, pelakon telemovie Patah Seribu itu juga didakwa telah menolak dan mencekik leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga terpaksa menyudahkan penggambaran agak lewat.

Sharnaaz dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu bergegas berjumpa dengan buah hati pengarang jantungnya, Shila Amzah.

Menurut Zed Zaidi lagi, buat sama sekarang pihak Seniman melalui Biro Aduan dan Undang-undang sedang melakukan siasatan terhadap isu yang berlaku.

"Saya serahkan isu ini kepada Biro Aduan dan Undang-undang Seniman. Mereka kini dalam proeses siasatan. Pihak kami akan duduk secara peribadi seorang perseorangan untuk mendengar masalah daripada kedua-dua belah pihak.

"Saya harap isu ini kami dapat selesaikan secara professional dan tak perlu lagi ia berlarutan," jelasnya lagi.

Penggambaran filem Darah Panas itu sudah pun selesai. Selain Sharnaaz, filem bergenre aksi romantik itu turut dibintangi oleh Fathia, Sofie Jikan, Adam Corrie, Ruminah Sidek, Aznah Hamid dan ramai lagi.
Murai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment