Tuesday 22 January 2013

Janji ditepati: Penyampaian bantuan persekolahan RM100 Daerah Baling. #janji_ditepati @NajibRazak




Kerjaan Prihatin. Bantuan di salurkan tanpa mengira bangsa.

Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah yang mula diberikan sejak 

pembentangan Bajet 2012 tidak terhenti setakat itu sahaja. Tetapi 

diteruskan juga dalam siri Bajet 2013 kali ini dengan nila yang sama….


Pelajar dari SRJK (C)

Butiran Bantuan RM100 Untuk Pelajar Sekolah

  • Diberikan kepada semua pelajar sekolah Rendah & sekolah Menengah (5.4 juta pelajar)
  • Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah ini akan mula dibayar bermula Januari 2013
  • Peruntukkan sebanyak RM540 juta

Pada 22 Januari 2013. Majlis Penyampaian Bantuan Khas Persekolahan peringkat daerah Baling, yang berlansung di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang telah disempurnakan oleh YB. Dato' Azmi Bin Che Hussin, ADUN Bayu. Timbalan Pengarah pendidikan Negeri Kedah serta Pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Negeri dan Deaerah Baling.

Bagi memastikan keselesaan ini dinikmati secara berterusan, rakyat perlu menterjemahkan penghargaan menerusi sokongan kepada semua usaha murni kerajaan yang bertujuan meningkatkan keselesaan dan taraf hidup rakyat, katanya ketika melancarkan bantuan itu, di sini hari ini.

Beliau juga meminta, Waris-waris pelajar mensyukuri apa yang telah di berikan dan dinikmati hari. jangan menjadi jenis orang yang suka mempertikaikan dan memperkecilkan pemberian dan usaha pihak kerajaan persekutuan. Walaupun RM100 itulah janji yang sentiasa ditepati. 

Dalam pada itu juga, YB Dato Azmi mengumumkan sumbangan RM 50,000 bagi sumbangan pembinaan bilik mesyuarat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai. Beliau juga meningatkan seseorang pemimpin bukan setakat bijak berceramah dan menabur janji. Peminpin harus sentiasa ikhlas dalam memimpin, membantu rakyat. 
   
Selagi kerajaan sama mentadbir negara, rakyat akan terus menikmati pelbagai kemudahan selaras dengan slogan janji ditepati.Pihak sekolah telah diarahkan oleh pihak Kemeterian Pelajaran untuk menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu/bapa pelajar dan terpulang kepada ibu/bapa sama ada untuk menggunakan wang tersebut bagi membayar yuran PIBG Sekolah atau sebaliknya.
   
Menerusi bantuan awal persekolahan yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 itu, pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara layak menerima RM100 tanpa mengira latar belakang keluarga. 




Kehadiran Guru dan waris 






Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

Pelajar dan juga Waris menerima Sumbangan




No comments:

Post a Comment