Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol
bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel
turut dirakam kumpulan itu.
Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan
selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang
ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama
seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan
lelaki itu.
Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.
Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3
petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum
membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten
Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai
laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.
“Memang kita menerima satu laporan
mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan
dijalankan mereka.
“Tidak banyak yang dapat saya katakan
tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu
lokasi sebenar kejadian berlaku,” katanya kepada Harian Metro.
Harian Metro difahamkan, mangsa turut
mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan
berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.
Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki
tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di
kawasan perumahan di Shah Alam.
Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu
sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan
menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis.
sumber : mymetro
No comments:
Post a Comment