Thursday 17 January 2013

Gempar !! @AzminAli Sahkan Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam Ahli #PKR

PETALING JAYA: Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang digantung tugas merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan sebaliknya beliau berkata Azrul telah lama menjadi ahli parti itu.

"Saya tidak pasti sejak bila dia (Azrul) jadi ahli PKR. Cabang mana pun saya tidak tahu," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.

Azrul yang juga pernah menjadi penganalisis di Meridian Asset Management Sdn Bhd, RHB Bank, Malaysia Industrial Development Finance Bhd (MIDF) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB), dilaporkan telah berkata dalam sebuah forum awam baru-baru ini bahawa "terdapat kemungkinan tinggi" Pakatan Rakyat akan menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Ekoran kenyataan beliau itu, Bank Islam dilaporkan telah menggantung tugasnya sebagai ketua penganalisis ekonomi di bank berkenaan.

Bagaimanapun Bank Islam dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan yang Azrul telah digantung tugasnya kerana pihak bank mempunyai "asas-asas yang wajar" dan mempercayai beliau telah melanggar dasar dalaman bank.

Perkara berhubung dengan pelanggaran dasar itu akan diketahui sebaik sahaja siasatan dalaman selesai, demikian menurut kenyataan Bank Islam.

Bank Islam turut mengulangi bahawa pandangan politik dan komen Azrul tidak seharusnya dikaitkan dengan bank berkenaan dan menegaskan, penggantungan Azrul tidak ada kaitan dengan tindakannya menyuarakan pandangan politik peribadi beliau.

Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment