Rabu, 26 Februari 2014

Jenazah lengkap berkafan ditinggaltepi jalan di Bukit Mertajam. @bernamadotcom


Mayat seorang lelaki dipercayai milik warga asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah, berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Katanya, tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah