Sabtu, 15 Februari 2014

MB Selangor bukan milik eksklusif PKR-Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. #PRK #Kajang @AnwarIbrahim




Pas seolah-olah memberi isyarat bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh sewenang-wenangnya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Ia terbukti apabila Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, sebarang rancangan pemilihan atau pertukaran bagi jawatan Menteri Besar Selangor hanya boleh dilakukan selepas mendapat persetujuan semua parti dalam pakatan pembangkang.

Oleh itu beliau menegaskan, jawatan itu bukan hak eksklusif atau menjadi milik automatik mana-mana parti sebaliknya ditentukan menerusi kesepakatan.

"Soal Menteri Besar perlu kepada muafakat, bukan hak eksklusif," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin Pas turut enggan menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung ura-ura PKR mahu menggantikan Tan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Kedudukan Abdul Khalid dikatakan tergugat berikutan langkah PKR meminta penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Anwar turut membayangkan beliau akan menggantikan Abdul Khalid walaupun Pas dikatakan lebih berhak memandangkan menguasai 15 kerusi di DUN Selangor berbanding PKR (14 kerusi).

Pendirian Pas yang dilihat seolah-olah tidak merestui Anwar menggantikan Abdul Khalid semakin jelas apabila pada Isnin lalu, Pas Selangor menegaskan belum menetapkan sebarang persetujuan berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Yang Dipertua Pas Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, Pas Selangor masih berpegang pada keputusan Pas Pusat sebelum ini iaitu isu perubahan jawatan Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan.

Sebelum itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat juga secara terbuka menolak Anwar sebagai Menteri Besar Selangor selain menyifatkan polemik DUN Kajang itu tidak perlu mengheret pakatan pembangkang bagi membincangkan jawatan tersebut. utusan.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah