Jumaat, 14 Februari 2014

TERKINI DARI SWEDEN : Pasangan Dari Malaysia Kemungkinan Dihantar Pulang. @501Awani


Hampir semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum mengenai pasangan warga Malaysia yang ditahan di Stockholm, Sweden. Mereka ialah Encik Azizul Rahim Awaluddin dan Puan Shalwati Norshal.. Dan anak-anak mereka Aisyah, Ammar, Adam dan Arif.

Pendakwa raya Sweden minta mahkamah hantar pulang pasangan Malaysia

Pejabat Pendakwaraya Sweden telah mengemukakan permintaan agar kedua-dua pasangan dari Malaysia yang didakwa melanggar integriti anak-anak mereka supaya dihantar pulang.


Pendakwaraya, Anna Ardell telah meminta untuk dakwaan itu dikenakan kerana kedua-dua pasangan tersebut disyaki telah melakukan keganasan terhadap anak-anak mereka.

Kristofer Stahre, peguambela yang mewakili Shalwati Nor Shal berkata bahawa kedua-dua anak guamnya termasuk suami Shalwati, Azizul Raheem Awaluddin hanya akan dihantar pulang sekiranya mereka didapati bersalah dan telah menjalani hukuman di penjara.

Stahre menambah, jika anak guamnya itu didapati bersalah oleh mahkamah, maka ia akan tertakluk di luar bidang kuasa mahkamah untuk menentukan sama ada mereka akan menjalani hukuman itu di Sweden atau Malaysia.

Kadangkala, perjanjian dua hala antara negara-negara menetapkan sama ada atau tidak seseorang warga negara asing itu boleh menjalani hukuman di negara dimana mereka didapati melakukan kesalahan itu.

Namun, itu adalah sesuatu perkara yang lazimnya diangkat di peringkat politik dan bukanlah sesuatu yang boleh ditentukan oleh mahkamah.

Apabila ditanya pandangannya mengenai persoalan kemungkinan Shalwati dan Azizul dihantar pulang dari Sweden dengan kadar segera sebelum mereka dihadapkan untuk perbicaraan semula yang dijangka akan memakan banyak kos kewangan.

Stahre berkata kewangan tidak menjadi isu dan semua individu adalah sama disisi undang-undang Sweden.

Sistem perundangan Sweden sangat memerlukan kewangan.

Mahkamah Sweden dan pendakwa raya di Sweden tidak pernah mengambil kira kos kewangan demi untuk keadilan dimana ini membawa maksud bahawa setiap individu adalah sekata di sisi undang-undang.

Tidak kira sama ada, individu itu kaya atau miskin dan dari mana juga dia berasal, kesemuanya akan diberi layanan yang sama di Sweden.

Shalwati dan Azizul dijangka akan dihadapkan secara berasingan ke mahkamah untuk perbicaraan yang akan bermula pada 18 Februari 2013.

Shalwati, adalah seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin yang merupakan pengarah Tourism Malaysia telah didakwa di Mahkamah Stockholm pada Isnin atas tuduhan memukul anak mereka.

Pada 1979, Sweden menjadi negara yang pertama mengharamkan hukuman yang berbentuk fizikal terhadap kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah