Khamis, 24 Januari 2013

‘Cinta’ terbakar

(Gambar hiasan)

Johor Bahru: "Jaga malam ni. Itu amaran dihantar ke peti mel suara telefon bimbit yang dikirim bekas teman lelaki adik saya yang diterimanya pada jam 10.40 malam tadi (kelmarin).

"Kira-kira jam 3 pagi tadi (semalam), kereta Perodua Myvi adik dibakar individu tidak dikenali dan kami syak ia ada kaitan dengan amaran terbabit," kata Izwan Muhamad, 26, ketika ditemui di kediamannya di Bandar Baru Uda di sini, semalam. 
Dalam kejadian itu, Perodua Myvi milik adik Izwan, Nabila, 25, dibakar dipercayai dilakukan individu yang kecewa selepas cintanya tidak dibalas mangsa. 

Izwan berkata, ketika kejadian, beberapa jiran terdengar letupan sebelum melakukan pemeriksaan dan mendapati Perodua Myvi Nabila yang dibeli kira-kira setahun lalu terbakar.

"Kereta itu diparkir di tepi jalan berhampiran rumah kami. Ketika keluar rumah, saya dapati jiran berusaha memadamkan kebakaran sebelum bomba dan penyelamat tiba," katanya kepada Harian Metro.

sumber : mymetro

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. Geram tak bertempat !! Apakah dengan melakukan kerja bodoh tu , akan menyenangkan hati nya ?

    BalasPadam

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah