Sunday 2 February 2014

AKSI PANAS #JDTVST-TEAM SEHINGGAN PELAWAN DITUNDA. @KhairyKj @ASTROARENA @BeritaSukan



Difahamkan ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca setelah berlaku sedikit pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan. Semalam "AKSI PANAS" di Padang merebak sehinggkan di alam maya, kedua-dua penyokong saling berbalas kritikan sehinggakan pelbagai kata yang kurang enak dilemparkan baca selanjutnya disini


FB :  T-Team FC
Aksi pusingan kedua Piala FA antara Pasukan Johor Darul Ta‘zim (JDT) menentang T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin terpaksa ditangguhkan gara-gara keseluruhan pasukan T-Team membuat keputusan tidak mahu turun ke padang bagi memulakan separuh masa kedua perlawanan.

Tindakan pasukan pelawat bertindak demikian ekoran berlaku pertelingkahan di antara jurulatih kecergasan T-Team dengan pengendali pasukan JDT, Cesar Fernando Jimenez yang mendapat campur tangan pemain serta pihak pengurusan pasukan selepas tamat separuh masa pertama ketika mahu memasuki bilik persalinan.

Ketika permainan tamat di babak pertama, JDT mendahului T-Team dengan jaringan 2-1 melalui Luciano Figueora pada minit ke-16 dan 21 manakala gol tunggal T-Team dijaringkan Mohd. Marzuki Yusof.

Menurut Komissioner Perlawanan, Zainal Mukri, pihaknya belum mendapat laporan rasmi secara bersurat daripada pasukan T-Team apakah punca kejadian berkenaan dan terpaksa membuat keputusan menangguhkan perlawanan selepas menunggu lebih daripada setengah jam.

“Kami akan menghantar laporan rasmi perlawanan kepada Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT FAM) dan mereka akan memutuskan sama ada perlawanan akan diteruskan dengan jumlah jaringan setakat ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan dibatalkan, semalam.

Seawal minit pertama, JDT bertali arus menyerang pasukan pelawat dan akhirnya berjaya membolosi gawang pihak lawan pada minit ke-16 melalui jaringan pemain dari Argentina, Figueroa yang menguis masuk sepakan percuma rakan senegara, Pablo Aimar.
Berselang lima minit, Figueroa yang merupakan bekas pemain kelab Greece, Panathinaikos menggandakan kelebihan buat Harimau Selatan setelah menanduk masuk hantaran menarik Aimar pada minit ke-21.

T-Team dihadiahkan sepakan percuma setelah Evaldo Rodrigues dikasari ketua pasukan JDT, Baihakki Khaizan pada minit ke-27 dan mereka berjaya merapatkan kedudukan melalui rembatan jarak jauh ketua pasukan T-Team, Mohd. Marzuki Yusof.  utusan 

No comments:

Post a Comment