Ahad, 2 Februari 2014

PANAS ! APA PUNCA SEBENAR PERLAWANAN #JDTVST-TEAM DI TANGGUH ADA AKSI "TOMOI" KE ? @KhairyKj @ASTROARENA @BeritaSukan


'Kami di T-Team FC tidak pernah menfitnah, kami ceritakan apa yang kami nampak dan apa yg Jurulatih T-Team FC, Azalan Johar bagitahu kami. Harap maklum.-apa2 cerita kita tunggu esok, pakak beli Surat Khabar- ~admin 33ten~' . 

Itulah luahan dari peminat bola sepak pasukan T-Team mengenai perlawanan MENENTANG pasukan JDT. 


'Printscreen"  dari FB T-Team FC


Sumber dari FB :
Reiji Arian
  Menjelaskan FAKTA SEBENAR INSIDEN PERLAWANAN PIALA FA, JDT LWN TTEAM :

Pihak PBNJ melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Pengadil Perlawanan pada malam ini di mana perlawanan tersebut di atas telah ditangguhkan dengan tiada keputusan yang saksama. 

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo , Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan. 

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan. 

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang. 

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan. 

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

kredit : JOHOR Southern Tigers

Perbalahan kedua-dua peminat di laman Sosial.


PERLAWANAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di separuh masa kedua Piala FA di Stadium Larkin terpaksa dihentikan ekoran pasukan T-Team memboikot perlawanan dan pulang awal.

Punca ketidakpuasan hati pasukan T-Team masih tidak dapat dipastikan lagi.

Bagaimanapun difahamkan ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca setelah berlaku sedikit pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-Team tetap enggan meneruskan perlawanan.

Dalam perlawanan itu, JDT tengah mendahului 2-1 di separuh masa pertama.

Sementara itu, juara Piala Malaysia, Pahang melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menumbangkan wakil Singapura, LionsXII 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Jalan Besar.

Mohd Hafiz Kamal membuka jaringan Tok Gajah pada minit ke-51, sebelum Azidan Sarudin menggandakan kedudukan 2-0, empat minit kemudian.

Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan oleh Safuwan Baharudin, empat minit sebelum tamat permainan.

Pahang kini akan berdepan pemenang di antara PBAPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan berentap di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang Selasa depan.SINAR


Subhanallah .. Diharapkan tiada perkara yang tidak diingini berlaku .. Bola sepak Sukan untuk Perpaduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah