Sabtu, 1 Februari 2014

KEBAKARAN : TAHNIAH BOMBA Baling & Belia Kampung Tanjung. @azeezputera @BuletinTV3


Tindakan pantas pasukan penyelamat BOMBA Daerah Baling, berjaya mengawal kebakaran belukar berdekatan jalan lama Kampung Tanjung, Kupang Kedah. Sekitar Jam 1:30 pagi 01/02/2014 sebentar tadi.


Sekumpulan belia yang kebetulan melalui jalan tersebut terkejut melihat api yang sedang marak menjulang menjilat belukar berhampiran kawasan tersebut. Melihatkan keadaan yang semakin kritikal, mereka terus menghubungi pasukan BOMBA. Pasukan BOMBA yang sampai ditempat kejadian berjaya memadamkan kebakaran 15 minit kemudian. Sumber memberitahu, jika keadaan tidak dapat dikawal mungkin api boleh merebak kekawasan bukit berdekatan kerana keadaan kering dan berangin.

Sumber dari sahabat, menasihatkan agar masyarakat jangan sesuka hati ataupun membuat pembakaran ditempat yang boleh menyebabkan kebakaran. Ingatlah Api semasa kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan.

Sumber dari rakan FB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jihad Ekonomi

Jihad Ekonomi
Klik ke FB Jihad Ekonomi

www.Facebook.com/bnselamatkankedah

www.Facebook.com/bnselamatkankedah
SELAMATKAN NEGERI KEDAH [klik Gambar di atas]

http://www.darulamanfm.com/

Berita Pilihan Orang Kedah