Setiap 'monyet-monyet' akan menunjukan kehandalan masing-masing..antaranya menjerit, menggigit, menanjat, melaung...
Tapi sayang, perhimpunan tersebut tidak mendapat permit..so pandai-pandailah fikir..
Peniaga Di Ibu Kota Minta Batalkan Himpunan
KUALA LUMPUR, 8 Jan -- "Tolonglah batalkan," demikian rayuan kebanyakan peniaga di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Masjid India, terhadap pembangkang yang berhasrat mengadakan himpunan di ibu negara.
Tinjauan Bernama mendapati rata-rata mereka menyifatkan himpunan yang didalangi pembangkang itu langsung tidak memberi manfaat sebaliknya banyak memberi impak negatif kepada sektor perniagaan.
Mereka turut meluahkan kebimbangan mengalami kerugian besar sebagaimana perhimpunan Bersih yang diadakan sebelum ini.
Penyelia kedai kain Gulatis Silk Store di Jalan TAR, Charanjit Kaur, 49, berkata himpunan itu bakal menjejaskan operasi syarikat terutama menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina dan Thaipusam tidak lama lagi.
"Kalau himpunan itu diadakan, pelanggan akan kurang bahkan mungkin tiada, pekerja pun takut nak datang bekerja," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.
Bahkan, katanya, berdasarkan pengalaman sewaktu perhimpunan Bersih sebelum ini, syarikat perniagaan itu yang menjalankan operasi seperti biasa menghadapi masalah apabila kebanyakan peserta himpunan masuk dan menyorok di dalam kedai tersebut sewaktu rusuhan.
Turut berkongsi kebimbangan, pekerja di sebuah kedai kerongsang CK Rahim, Khirul Hisham Mohd Daud, 32, berkata himpunan seumpama itu akan memberi impak negatif kerana ia kebiasaannya disertai dengan tindakan rusuhan dan pergaduhan.
"Mereka (peserta) himpunan biasanya akan bertindak agresif dan yang menanggung kesannya adalah kami peniaga apabila terpaksa menutup kedai kerana takut dan bimbang tercedera," katanya.
Penyelia restoran Old Town White Coffee di Jalan Raja Laut, Maizurah Abd Ralim, 36, berkata beliau juga berharap himpunan itu dibatalkan dan meminta pihak yang berhasrat mengadakan himpunan itu memikirkan tentang nasib perniagaan yang bakal terjejas.
"Restoran ini memang diarah beroperasi seperti biasa bagaimanapun kita sangat berharap ia (himpunan) dibatalkan.
"Pada pengalaman lalu, sangat menyusahkan apabila peserta himpunan meluru masuk ke kedai ketika rusuhan dan mengganggu keselamatan pelanggan yang sedang makan," katanya.
Selain itu, paling menjejaskan ialah peniaga di pasar malam Jalan TAR yang hanya menjalankan perniagaan seminggu sekali dan terpaksa menanggung kerugian besar apabila terpaksa terus menutup perniagaan mereka.
Peniaga aksesori telefon di pasar malam itu, Shafreayie Abd Rahman, 24, berkata sekiranya himpunan itu diadakan, beliau akan menutup terus perniagaannya kerana tidak sanggup menanggung risiko yang lebih besar iaitu kerosakan barang jualan dan keselamatan diri.
"Kito (kita) bimbe (bimbang) kalu (kalau) dia buat hari Sabtu sebab masa itu kita niaga.
"Sebelum ni masa Bersih dulu kito rugi banyok (banyak) sampai RM2,000 sebab tutup kedai, sapo (siapa) nak tolong gati (ganti) balik rugi kita, pembangkang tok (tak) fikir semua ni," katanya.
Seorang lagi peniaga pakaian di pasar malam, Edwan Abdul Aziz, 41, berkata himpunan itu hanya mendatangkan seratus peratus keburukan kepada peniaga, masyarakat dan negara.
"Tiada untung pun membuat himpunan macam ni, sudahlah kami berniaga seminggu sekali dengan untung yang tak seberapa, kini terpaksa pula terus tutup kalau himpunan ada," katanya.
Penyelia di kedai buku Minerva Store di Jalan TAR juga berpendapat himpunan itu akan mencetuskan huru hara dan menjejaskan ekonomi peniaga di ibu negara.
"Apatah lagi sekarang permulaan tahun baru, masyarakat masih sibuk untuk keluar membeli buku sekolah dan peralatan anak-anak, himpunan ini akan menjejaskan segalanya, perniagaan dan urusan seharian," katanya.
Pakatan pembangkang dijangka mengadakan himpunan besar-besaran di ibu kota bagi membuat tuntutan terhadap empat perkara menjelang pilihan raya umum ke-13.
-- BERNAMA
P/S : harap pihak berkuasa, dapat mengambil tindakan lebih tegas terhadap peserta perhimpunan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment