Monday, 8 April 2013

Gempar !! artis Turun Kempen ? #BNBagus #ManifestoBN #PRU13 #GE13 @LisaSurihani @NajibRazak #BNYCT



Kita dididik agar BERSYUKUR... atas apa saja kurniaan NYA.
Apa lagi atas Kurniaan Nikmat Keamanan yang dikurniakan NYA kepada kita semua di bumi MALAYSIA TERCINTA. Peliharalah bumi kita dari segala Ancaman dan dari perpecahan antara kami. Semoga kita Aman sentosa selaluu... Ameen...





Memenuhi Harapan Rakyat.

Salam 1Malaysia,


Susulan daripada pembubaran Parlimen minggu lepas, saya telah mengumum dan membentangkan Manifesto Barisan Nasional kelmarin. Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendakwa manifesto bukanlah satu janji yang perlu dipatuhi. Tetapi, untuk BN, kami menganggap manifesto yang dilancarkan pada malam 6 April lalu adalah satu Aku Janji kami kepada rakyat.


Kebolehan dan prestasi Barisan Nasional dalam menunaikan janji-janji sebelum ini jelas terbukti dengan pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh Malaysia sehingga kini. Kali ini, kami usulkan 17 bidang utama sebagai janji dan komitmen kami seterusnya. Ringkasan mengenai 17 bidang janji ini boleh dibaca di laman web saya manakala teks penuh manifesto tersebut boleh dibaca di www.manifestopru13.com.

Apa yang pasti, asas kepada manifesto atau Aku Janji ini adalah kestabilan dan keharmonian negara yang berpanjangan. Manifesto ini telah dirangka dengan penuh teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha untuk mendapatkan maklum balas dari rakyat. Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini.

Sekiranya anda yakin dengan kepimpinan saya dan Barisan Nasional, maka dengan penuh rendah diri, saya menyeru kepada anda agar berikanlah sokongan dan undi anda kepada kami. Sebagai sebuah pasukan, kami di Barisan Nasional berjanji akan terus memberi khidmat terbaik kepada rakyat sekali gus membina sebuah Malaysia yang lebih maju dan makmur pada masa akan datang.

@NajibRazak

No comments:

Post a Comment