Pemilik resort di Tanjung Sedili Besar di sini, yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha untuk menjalankan upacara keagamaan dalam surau, telah ditahan reman selama empat hari.
Beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada kira-kira 9.30 pagi Selasa, di hadapan pendaftarmahkamah Hairul Azhar Mohamad yang membenarkan perintah reman sehingga Jumaat.
Lelaki yang berusia 45 tahun itu merupakan warga Singapura dengan status permaustatin tetap (PR) Malaysia, ditahan pada petang Ahad di Tanjung Sutera Resort, 40 kilometer dari sini.
Polis berkata, kejadian itu disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina mana-mana agama.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.