Tuesday 8 January 2013

pesanan Khas !!!! Pesanan Khas untuk guru-guru sekolah Kebangsaan di Baling. #TukarKedah #pas


Mungkin PAS boleh menipu para penyokongnya yang tolol bongkak dengan mendabik mereka pejuang Islam sebenar. Terutama Pemimpin Pas dikampung-kampung, Malah ada juga Pemimpin PAS yang berlatar belakangkan guru Sekolah Menengah Kebangsaan YANG BEGITU ANGKUH mengeluarkan "statement" dengan nada memaki hamun kerajaan didalam bilik guru sekolah.

Apakah mereka sengaja membutakan mata, memekakkan telinga dan mengelapkan hati seolah-olah Isu Kalimah Allah adalah mainan politik UMNO. Tidakah mereka sedar apa yang di bangkitkan oleh DAP ini adalah satu Isu besar yang membabitkan kesucian agama Islam. 

Tolong lah !!!! Wahai Tuan Imam yang juga guru sekolah menengah... jangan kerana Politik kepartian serta jawatan anda di dalam Pas anda cuba "menidakkan yang benar, membenarkan yang salah"

Misalnya, Timbalan Presiden PAS yang begitu sinonim dengan fahaman Syi’ah, Mat Sabu, menegaskan berkali-kali bahawa…
“PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan” – Mat Sabu.
Sedangkan Ustaz Harun Taib dan Datuk Dr. Harun Din pula senada menegaskan bahawa…
“Kristian tidak berhak mengguna pakai kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan kepercayaan mereka” – Ustaz Harun Taib dan Ustaz Harun Din
Begitu bongkak sekali PAS sejak “tidur sekatil” dengan DAP dan PKR. Suara dan fatwa golongan ulama di dalam parti itu langsung tidak lagi dihiraukan apatah lagi untuk dibawa ke dalam majlis syura untuk di ijtihad sesama mereka.


Nik Aziz Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.
Menurutnya langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.
"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, Selasa.
Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta kalangan pemimpin PAS.
Ditanya mengenai pendirian PAS berhubung isu itu, Nik Abdul Aziz berkata ia akan diputuskan di peringkat Dewan Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur Sabtu ini.
"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya.
Kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment