Tuesday 15 January 2013

[video] Jijik sungguh Permainan Politik #pas #dapmalaysia & #PKR . #KL112

Moga ALLAH memberikan keampunan dan hidayah kepada kita semua. Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan teman sendiri!

UBAH PENDIRIAN SAAT AKHIR ISU KALIMAH ALLAH BUKTI PAS JAHIL -PENGASAS PONDOK.





"Berkaitan wujud pihak yang nak membenarkan penggunaan kalimah Allah (oleh bukan Islam) dan kemudian kembali rujuk (ubah pendirian), membuktikan kepada kita mereka (PAS) ini jahil dalam agama, bagaimana mereka nak tegakkan Islam?.

"Bila dah 'lekat celah pagar' barulah nak rujuk kembali (ubah pendirian). Segalanya terbukti mereka ini celaru, (ilmu) politik tak cukup, (ilmu) agama tak cukup," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Abdullah mengulas keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS malam tadi yang memutuskan bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam setelah didesak pelbagai pihak termasuk mufti-mufti negeri.



sumber kat sini : Mendan Tempur Kedah




Bermakna Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan Majlis Syura' dalam isu yang sangat asas, fundamental dan penting ini. Bukankah ini satu penghinaan kepada Majlis Syura' dan bercanggah dengan slogan "Kepimpinan Ulama" yang dilaungkan oleh PAS?

Apapun, adalah jelas keputusan Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS bersetuju bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH jelas kini bercanggah dengan keputusan dan pendirian Majlis Syura'.

No comments:

Post a Comment