Najib Selepas 3 Tahun Bergelar Perdana Menteri…
Tanggal 3 April 2012. Genaplah 3 tahun Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tahniah saya ucapkan kepada beliau.
Meskipun baru hanya 3 tahun mentadbir negara, pelbagai perubahan dan transformasi yang dilaksanakan beliau. Dan satu demi satu kesan positifnya dirasai oleh segenap rakyat sama ada di bandar atau di luar bandar, di dalam negara mahupun di luar sana.
Dari GTP hinggalah ETP, segala program yang diilhamkan Perdana Menteri berjalan begitu lancar meskipun sekali sekala diganggu oleh pihak pembangkang yang cemburu dengan kejayaan yang dikecapi Najib. Selayaknya beliau perlu diberi pujian atas prestasi yang memberangsangkan itu.
Semalam Perdana Menteri ada menceritakan tentang GTP dan ETP menerusi kaca televisyen, bukan? Saya fikir, tak payahlah saya ulang tentang semua itu. Nanti ada pula pihak yang iri hati dan menuduh saya riak pula dengan kejayaan Najib.
Saya memuji bukan kerana saya seorang ahli UMNO atau penyokong parti kerajaan. Saya memuji kerana saya adalah salah seorang dari rakyat yang bersyukur kepada Allah SWT yang mengurniakan seorang Perdana Menteri yang sebagus dan sehebat Najib.
Tidak dapat dinafikan, ketika Najib menerima amanah dari Pak Lah, UMNO “sakit teruk”selepas dilanda ‘tsunami’. Ekoran lemahnya UMNO yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara, kerajaan juga dilihat agak goyah menerima serangan dari pihak pembangkang di dalam di “luar negara”.
Namun sudah resmi Najib, pantang anak Melayu undur, membujur lalu melintang patah, beliau berjaya merubah segala kelemahan tersebut sehinggan UMNO kembali berdiri teguh berbanding sebelumnya. Siapa yang mengikuti perkembangan kerajaan di zaman Pak Lah, sudah tentu akan mengakui perubahan-perubahan positif yang di bawa oleh Najib, bukan?
Baca selanjutnya di :-
Najib Selepas 3 Tahun Bergelar Perdana Menteri… | Kumpulan ...
www.mykmu.net/?p=18196
No comments:
Post a Comment