Thursday 19 April 2012

Kajian hadis Rasullulah S.A.W Tentang kiamat 10 tanda Besar Kiamat


Gambar Hiasan
Daripada Huzaifah bin AsidAl-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedangberbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kamimenjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macamtanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang,terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’jujdan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yangketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arahnegeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka”.HadisRiwayat Muslim 

Urutan sebenar 10 tanda besar kiamat adalah macam ni:

1.Dajjal keluar

2.Turunnya kembali Nabi Isa a.s

3.Ya’juj dan Ma’juj menghuru-harakan bumi

4.3 gempa bumi yg berturutan... gempa bumi di Timur, gempa bumi di Barat, gempa bumi di Semenanjung Arab.

5.Keluar Asap/kabut

6.Malam yg panjang dan matahari terbit dari tempat tenggelamnya (dr barat)

7.Keluarnya binatang Dabbah

8.Bayu lembut dari selatan 

9.Keruntuhan Kaabah

10.Api besar yang akan keluar dari Yaman dan tiupan sangkakala

Good news for muslims. Orang-0rang Islam tidak akan menghadapi hari kiamat. 

“Kiamat tidak akan terjadi kecuali atas manusia-manusia yang paling jahat.” - (Riwayat Muslim dan Ahmad dari Ibn Mas’ud. Dan dalam riwayat Bukhari dengan lafazh yang lain)

“Kiamat tidak akan terjadi kecuali apabila di bumi tidak di sebut-sebut lagi (nama) Allah, Allah.” - (Riwayat Muslim, Ahmad, Tirmidzi dan Ibn Hiban dari Anas)

Semua orang Islam akan dimatikan oleh bayu lembut yg didatangkan Allah swt. (tanda kiamat besar ke-8). Jadi, peristiwa-peristiwa selepas itu hanya akan dialami oleh org2 kafir. NAMUN yg perlu kita risau adalah 


kedatangan Dajjal. Takut-takut kita jatuh ke perangkapnya. 
Nau'zubillah min zalik.
Dikatakan Dajjal tidak akan dpt memasuki Mekah dan Madinah kerana kedua-dua tempat ini dikawal dan dilindungi oleh malaikat.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal, kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.”
- Hadis ini sahih. Ada dlm ahih al-Bukhori


Err... sempat ke kita nak lari ke sana bila Dajjal dtg? 

Ada ulamak menafsirkan mana2 kawasan yg masjidnya hidup dgn amalan seperti suasana di Mekah dan Madinah, Insyaallah juga akan selamat dari Dajjal. 
Jadi bapak-bapak, adik-adik, abang-abang, anak-anak sekelian marilah kita mengimarahkan masjid2 dgn solat berjemaah, aktiviti mengaji, majlis2 ilmu, iktikaf, qiamullail dan sebagainya. Ibu-ibu, jadikanlah rumah2 kamu umpama masjid2. Hidupkan amalan2 solat, quran dan zikir. Ajak anak2 yg belum baligh bersolat. Anak2 lelaki yg dah baligh suruh depa pi solat kat masjid (kalau masjid/surau dekat). Dan perbanyakkanlah membaca Quran. Kebanyakan yg sekolah rendah dah habis exam. Jgn habiskan masa dgn main game, nonton tv semata. 

P/S: sekadar ingatan utk diri sendiri dan sesiapa yg sudi menerima.

2 comments: