Sunday, 13 January 2013

Apa Dah !!! Mat rempit "sejati" konon ! Kontoi rokok boleh nangis"

pl21
Angota Polis sedang mengambil keterangan.(baju biru)




Di Petik dari blog : Balingtoday 
BALING- “Ini bukan rokok saya, ini rokok abang, dia suruh saya simpankan kerana takut tercicir. Saya tak hisap rokok encik,” itu antara kenyataan seorang remaja yang ditahan polis dalam operasi mencegah lumba haram  di sekitar Baling awal pagi semalam.
Remaja berusia 14 tahun itu ditahan kerana tidak menggenakan topi keledar, cukai jalan tamat tempoh, selain tidak membawa kad pengenalan diri.
Gelagatnya menarik perhatian kerana cuba menidakkan rokok dalam simpannya itu bukan miliknya tetapi milik abangnya
Katanya, dia hanya menyimpan rokok itu kerana abangnya takut rokok tersebut tercicir semasa menunggang motosikal.


Namun begitu, remaja terbabit akhirnya mengaku bahawa rokok itu adalah kepunyaannya malah telah meminjam wang dari rakan untuk membeli rokok tersebut. Remaja itu dibenarkan pulang selepas diambil keterangan.
Sebanyak 10 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dan sembilan buah motosikal disita dalam operasi itu.
Ketua Polis Daerah Baling, Suprentendan Mat Daud Mat Hassan berkata, selain sekatan jalan raya, polis turut melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan tumpuan remaja.
“Antara kawasan tumpuan ini adalah di batu 42, Kupang selain premis perniagaan permainan internet. Kebanyakkan remaja berkumpul dan mengahabiskan masa di sini.
“Hasil pemeriksaan kita berjaya mengesan pelbagai kesalahan terutama melibatkan cukai jalan dan tidak mempunyai lesen memandu,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, operasi ini akan diteruskan dalam usaha mengawal kegiatan lumpa haram di kawasan ini.
“Kita akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar undang-undang. Justeru, ibu bapa perlu mengawal anak-anak mereka dari terus terjebak dalam kegiatan tidak berfaedah ini,” katanya.
Katanya, sikap ibu bapa yang  tidak kisah selain terlalu berlembut hanya akan merosakkan masa hadapan anak-anak mereka.
“Contohnya seperti remaja yang ditahan dalam operasi ini. Usianya baru mencecah 14 tahun, tetapi telah berani meminjam wang untuk membeli rokok. Sekiranya dibiarkan, tidak mustahil dia akan terjebak dalam pengambilan dadah,” katanya.
Lebih dari 20 anggota polis bersama pegawai dari pelbagai cawangan terlibat dalam operasi ini. Operasi diketui oleh Ketua Bahagian Kenteraman Awam dan Trafik Daerah Baling, Inspektor Fauzeli  Mohd Ali.

No comments:

Post a Comment