Saturday 12 January 2013

Dulu Kelantan, kini Kedah bakal berubah ? #TukarKedah #pas #pakatan





Himpunan bantahan ini turut dihadiri oleh Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa), Tuan Syed Othman Syed Mansor (YDP Perkasa Kedah), Datuk Yusof Ismail (YDP Perkasa Kota Setar) dan Zaid Md. Arif (Murshidul Am TIBAI).


Lebih 10,000 Rakyat Kedah Bantah Kerajaan Kedah Tebang Balak Di Kawasan Tasik Pedu


KUALA NERANG, 11 Jan (Bernama) -- Kira-kira 10,000 orang berkumpul di Charok Genting Bunga, Padang Terap, dekat sini bagi membantah tindakan kerajaan Pas Kedah melakukan aktiviti pembalakan di kawasan seluas 400 hektar di hutan simpan Tasik Pedu bagi projek taman agro pelancongan.


Perhimpunan membabitkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Kedah berlangsung secara aman selama hampir tiga jam selepas solat Jumaat.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata banyak lagi tanah terbiar di negeri ini boleh dibangunkan untuk dijadikan ladang buah-buahan tanpa menyentuh kawasan hutan berhampiran kawasan tadahan air.


"Semua ini bohong sahaja, hari ini kita bawa rakyat negeri ini datang ke kawasan ini untuk melihat hutan yang telah digondolkan oleh kerajaan Pas Kedah dan ini bukan fitnah dan rakyat boleh menilai," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Katanya Perkasa Kedah diminta membuat satu surat aku janji kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri agar tidak mengganggu hutan simpanan kekal sekiranya mereka dapat menawan kembali negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) nanti.

-- BERNAMA

P/S :

Apalah si penyangak azizan Razak nak kata lepas....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment