Saturday 5 January 2013

PANAS !!!'Ubah Rocket Style' cetus Kontraversi #Dap #pakatan @DapTolakMelayu


NGO Minta Polis Siasat Penyebaran Klip Video 'Ubah Rocket Style'

BALIK PULAU: Enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran klip video 'Ubah Rocket Style' secara berleluasa di Youtube.


NGO itu ialah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Daerah Barat Daya dan Persatuan Bekas Polis Daerah Barat Daya.

Setiausaha Agung IRIMM, Zainol Abidin Ahmad berkata klip video dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris itu memberi imej negatif kepada kepimpinan tertinggi negara dan tidak wajar menjadi tontonan orang ramai.

"Kandungan video itu menunjukkan mereka (DAP) cuba menanam elemen kebenciandi kalangan masyarakat berbilang kaum terhadap negara dan mereka kelihatanterdesak meraih sokongan melalui kaedah menghina dan menyindir kepimpinannegara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat PolisDaerah Barat Daya di sini.
Beliau berkata laporan polis itu turut bertujuan mendesak SuruhanjayaKomunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Dalam Negeri mengambiltindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab dalam pembikinanvideo itu dan menarik semula penayangannya di Youtube.

Klip video berunsur komedi selama 3.39 minit yang mula dilancarkan padaKongres Kebangsaan DAP ke-16 15 Dis lepas, memperdengarkan lirik sinismemperlekeh pasukan penguatkuasa keselamatan, menghina isteri pemimpin, selain menonjolkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng beraksi bersama moskot Nuri melaungkan 'Ubah Rocket Style'.

Lagu tema kempen pilihan raya umum DAP itu turut memaparkan pemimpin-pemimpin DAP beraksi mengikut parodi tarian 'kuda' penyanyi Psy dari Korea iaitu 'Oppa Gangnam Style'.

Jom tengok klip video tersebut kat sini : http://www.google.com/url?q=http://www.malaysiakini.tv/video/24773/ubah-rocket-style.html&sa=U&ei=p-jmUP30OpGJrAfpi4D4CA&ved=0CCEQtwIwAw&usg=AFQjCNHzltVWmH801dEXVJuFKEIgsAjSZw

BERNAMA




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. yg aku tau sumer harga mahal, yg buka kedai yg kerap naik harga kedai mana, asal dengaq ja gomen staff naik gaji ka bonus ka, siap la, barang mmg melambung naik rega.....asal kedai 1Malaysia ada, depa buat la cita supaya jgn pi kedai tu, takut bisnes depa lingkup

    ReplyDelete