Tuesday 29 January 2013

Penyertaan Nasharudin Ke Gaza Model Kerjasama Hamas & Fatah - Dr Mahathir #1Malaysia

Kita doakan agar YB Ustaz Nasharuddin Md Isa, ahli Parlimen Bachok diberi hidayah dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan Negara.

Kesudian YB ustaz untuk mengikuti rombongan PM di padang sinis sehinggakan di singgikirkan dari Majlis Syura PAS.


KUALA LUMPUR: PAS perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, daripada Majlis Syura PAS.

Katanya ia seharusnya dijadikan model kerjasama untuk orang melihat umat Islam Malaysia walaupun pembangkang tetapi boleh bekerjasama dengan kerajaan demi membawa mesej keamanan sejagat.

"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, Selasa.

Ditanya jika Nasharudin perlu mengubah platform perjuangan iaitu keluar daripada PAS, Mahathir berkata: "Itu terpulang kepada dia."

Ahad lepas, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata Nasharuddin digugurkan kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura, dan keputusan dibuat pada 13 Jan lepas dalam mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. -BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. boleh tabik kat YB Ustaz Nasharuddin Md Isa ni barulah nama pemimpin berjuang atas nama agama,bangsa & negara berjuang tak kita fahaman politik utk kebenaran bukan utk parti politik saja..lepas ni mampuih aku tak mau pangkah PAS dah..PARTI OTAK UDANG....pemimpin harap seban saja besaq dok atas kepala tapi akai tak dak semua belakon semata2 tipu org...sanggup bersekongkol dgn kafir daripada saudara sendiri

    ReplyDelete