Gempar beb...Kisah Panas ini berlaku kira-kira seminggu lalu. Apa la nak jadi dengan dunia sekarang ini. Jom baca kisah tragis ini...
Ahli politik ditampar wanita kerana merogol
NEW DELHI - Belum pun reda kemarahan rakyat ekoran kes rogol lima lelaki ke atas seorang gadis baru-baru ini, polis di negeri Assam, timur laut India menangkap seorang pemimpin parti Kongres yang memerintah negara ini, Bikram Singh Brahma kerana kesalahan yang sama kelmarin.
Dia ditangkap kerana didakwa merogol seorang ibu yang mempunyai dua anak di sebuah kampung di Santipur di daerah Chirang di negeri berkenaan.
Imej yang disiarkan di televisyen India menunjukkan beberapa wanita mengepung Brahma dan mengoyak bajunya.
AP : SEORANG wanita menampar Brahma yang tidak berbaju.
|
Seorang wanita turut menampar muka ahli politik itu.
Menurut polis, Brahma memasuki rumah wanita tersebut dan merogolnya pada pukul 2 pagi waktu tempatan.
Seorang pegawai polis, G.P. Singh berkata, ekoran jeritan wanita itu, beberapa orang di kampung tersebut keluar dari rumah dan menangkap Brahma.
Ketika kejadian, Brahma sedang melawat kampung tersebut.
AP : SEORANG wanita menampar Brahma yang tidak berbaju.
|
Kejadian itu berlaku selepas seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada 16 Disember tahun lalu.
Pelajar itu meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura pada minggu lalu akibat kecederaan dalaman selepas dia dipukul dengan batang besi dan dicampak keluar dari bas itu.
Lima lelaki telah didakwa kelmarin kerana merogol dan membunuh pelajar tersebut.
Mereka yang didakwa itu ialah pemandu bas tersebut, Ram Singh dan adiknya, Mukesh Singh.
Mukesh bertugas sebagai pencuci bas tersebut.
Turut didakwa ialah seorang penjaja buah-buahan, Pavan Gupta dan pengajar kecergasan, Vinay Sharma.
Seorang lagi pencuci bas, Akshay Singh juga didakwa melakukan perbuatan itu.
Kesemua mereka berdepan hukuman mati jika disabit kesalahan.
- Agensi
P/S : KALAU KAT MALAYSIA SIAP ADA VIDEO LAGI...
Korang semua boleh teka kan siapa pelaku dalam gambar kat atas...
aku tak nak link kan video tersebut, so pandai-pandailah korang cari sendiri video
tersebut kat google..... nanti orang cakap akublogger Porno plak.....
|
No comments:
Post a Comment